Perhatian kepada semua ahli batch 27, di sini ada satu pengumuman...
Seperti yang kita semua ketahui, kita akan ada kelas addmath bersama cikgu Rohaya. Kat bawah ni adalah butiran mengenai kelas ni:-
Khamis, 28 Nov - 8.00 - 11.00 malam
Jumaat, 29 Nov - 8.00 pagi - 11.00 malam
Sabtu, 30 Nov - 8.00 pagi - 11.00 malam
Ahad, 1 Dis - 8.00 - 10.30 pagi
bayaran: RM 5
tempat: Semesti
*beberapa orang pelajar form 5 bio akan ajar sekali
*bagi mereka yang duduk jauh2 tu, kalau boleh cuba usahakan untuk datang sebab tahun depan kita akan terus proceed dari bab f5 yang kita dapat habiskan time kelas tu nanti.
*bagi mereka yang memang tak berpeluang untuk turut serta dalam kelas ni perlu proaktif dalam subjek ni tahun depan. Korang kena kejar balik bab2 yang korang terlepas tu. Sorry la tapi memang tahun depan korang kena bagi full attention so tak ada la korang tertinggal di belakang. Jangan risau. Nanti akan ada orang jugak yang akan guide korang.
*Budak TI pulak diingatkan untuk tidur di asrama sekali. Tak kisah la rumah korang hanya setapak ke depan sekalipun, korang kena tidur dekat asrama jugak. Kalau korang pergi balik, nanti akan ganggu pengurusan JAGA dan sekolah. Lagipun, cukup setakat ni kita buat penetua marah. Better jangan susahkan pihak sekolah lagi.
Lastly, harap sangat semua dapat menghadirkan diri ke kelas tersebut and tolong bagi perhatian time kelas tu nanti tak kisah la bab2 yang kita akan belajar tu nanti susah sekalipun. Tolong sebarkan kepada mereka yang tak berkesempatan untuk baca post ni melaui phone. Anyway, let us cross our fingers towards straight A+'s for SPM 2014!
No comments:
Post a Comment