Sunday, 10 February 2013

Projek YOV: Jom Berpuasa!

Pada 2 Feruari 2013, mesyuarat batch kali pertama telah dijalankan.Dalam mesyuarat tersebut organisasi batch yang lama dibubarkan dan organisasi batch yang baru telah ditubuhkan. Berdasarkan perancangan seminggu sebelum mesyuarat diadakan, ahli-ahli 27 dibenarkan dan digalakkan untuk menghantar apa-apa usul untuk dibincangkan dalam mesyuarat.

Dalam mesyuarat yang dijalankan pada tarikh tersebut seseorang telah menghantar satu usul kepada Manjung, ketua batch kita yang terkini. Usul tu berbunyi labih kurang macam ni:

"setiap minggu satu batch berpuasa, -isnin/khamis-(optional),"
Setelah berbincang, kita semua setuju untuk memilih hari khamis sebagai hari di mana ahli2 digalakkan berpuasa. Rancangan telah bermula pada 7 Februari 2013, iaitu pada minggu terakhir sebelum kita semua pulang bermalam untuk cuti raya cina.

Plan  akan terus dijalankan pada setiap minggu. Kami, 27 bloggers harap korang semua dapat ikut berpuasa sekali pada setiap hari khamis yang akan datang. Jom kita sama-sama naikkan batch dari aspek kerohanian pulak! ^^

No comments:

Post a Comment