Selepas perjumpaan kita kali kedua iaitu semasa mesyuarat batch pertama, Hilmi Darussalam telah mengambil nama warga batch 27 yang ingin menyertai 27 Studio. Sambutan daripada plan ni adalah
amat memuaskan. Sepatutnya organisasi ni sudah ditubuhkan sebelum cuti hari tu tapi disebabkan musibah yang melanda dalam batch kita ni, kita tiada masa untuk menubuhkan 27 Studio ni. Lagipun, 27 Studio perlu ditubuhkan sebelum cuti hari tu sebab mereka perlu beroperasi semasa cuti.
Blog ni pulak sepatutnya under 27 Studio tapi blog ni jugak perlu dibuat semasa cuti. Oleh itu, beberapa orang ahli batch 27 telah dipilih untuk menguruskan blog ini untuk sementara waktu. Admin-admin untuk blog ni jugak ada tersenarai dalam ahli2 batch kita yang ingin menyertai 27 Studio. For the time being, admin-admin ni yang akan memegang blog ini. Nanti selepas 27 Studio secara rasminya ditubuhkan, barulah ahli-ahli 27 Studio bahagian 'blogs' yang akan mengambil alih blog ini.Menurut maklumat yang diperoleh, kemungkinan besar 27 Studio akan ditbuhkan selepas cuti Raya Cina ni. So, kepada mereka yang telah menulis nama mereka untuk menyertai 27 Studio diharap sudah bersiap sedia dengan skil-skil korang!
No comments:
Post a Comment