Tuesday, 26 March 2013

Hot News!: Tension!!

Masuk hari ni dah hampir seminggu keputusan SPM diumumkan di seluruh Malaysia. SPM - the beginning of your future.. So, tak hairanlah kalau sampai sekarang still lagi ada calon SPM 2012 yang tak dapat keputusan yang elok masih lagi trauma dengan result diorang. Melihat keadaan macam ni, apa yang korang rasa? Takkan tak rasa apa-apa kot kalau diimbas kembali reaksi sesetengah ahli Silverian hari tu? Maybe, kita masih form 4 and kita mungkin tak rasa pressure sedahsyat yang sesetengah batch f5 rasakan.



"omg, apa aku nak buat ni? spm lagi berapa bulan je"
"spm.. penentu masa depan? mati aku~"
"result tahun ni kurang memuaskan. habis tu, batch aku nanti macam mane?"

Pressure? Tension? Of course it is, Siapa je yang tak rasa tension kalau diorang hayati gila gaban result batch f5 tahun lepas.  Well, isi utama aku bukanlah pasal result spm tapi pasal rasa beban dan stres yang kita bakal hadapi. Sesiapa yang still lagi ingat apa yang terjadi pada salah seorang batch 26 pada hari yang sama dengan hari keputusan SPM diumumkan? Satu kejadian yang berlaku lebih kurang jam 3.45 petang. Sewaktu seisi pembelajaran dan 'sepetang bersama panitia' sedang dijalankan.

Kalau dilihat secara rawak, kejadian tu memang nampak macam si mangsa kena rasuk. Mana tak nye?! Dok terjerit-jerit dalam tandas. Lepas tu, pintu ditahan tak nak bagi orang masuk. Lagi dahsyat, pergi lari satu sekolah main kejar-kejar dengan sensei. Mana dia dapat tenaga banyak2 macam tu? Entah! Tapi, aku ada dapat maklumat sikit dari seorang guru. "Alaa.. takde pape pon. Tension je tu~" kata cikgu tersebut.

Dengar apa yang cikgu tu cakap, aku rasa ada logiknya jugak. Ye la.. jarang aku dengar kes2 rasuk time2
matahari tengah atas kepala ni ha. Pergi ke sudut logical thinking, possible gak dia boleh jadi sampai camtu sekali. Dia calon SPM tahun ni, result last year tak memuaskan. So, tak mungkin la si dia yang mengambil berat pasal result SPM takkan jadi macam tu. Kan?!

But, ada beberapa persoalan yang sedang bermain-main dalam kepala otak aku ni. Dari segi agama islam, bukankah kita sudah ada Al-Quran and ilmu2 agama yang ktia belajar untuk menenangkan hati kita? dan Allah sebagai tempat mengadu untuk kita? Even dalam masyarakat, kita ada kawan yang dah dianggap macam family pun. Kenapa tak bagitau diorang pasal masalah or maybe rasa tension yang kita hadapi? Mungkin diorang tak boleh tolong tapi kita akan rasa lega. Seriously, kita akan rasa sangat lega lepas kita dah share masalah kita dengan someone.

So, kita semua punya akal, bukan?! Use it wisely...

prepared by,
Mr Anonymous

No comments:

Post a Comment