Friday, 29 March 2013

Hot News!: UP1?? OMG!

Ujian penilaian 1 baru sahaja berakhir dan sekarang ni kita semua tengah sibuk bertanya markah masing-masing. Kalau dilihat secara random, keputusan batch kita tidak begitu memuaskan. Mungkin ada juga yang berjaya mendapatkan result yang cemerlang tapi bilangannya terlalu sikit. Terlalu ramai yang mendapt gred 'G'.

Tapi itu bukanlah topik utama untuk post ni. Aku teringin nak tahu apa yang korang rasa bila melihat result korang. Tension? Sedih? Pressure? or maybe Happy??! Mesti ada macam-macam tapi aku rasa majoritinya
mesti ramai yang rasa sedih bila tengok result diorang.

Well, kita sekarang ni berada dalam tahun yang berbeza, right?! Sebagai seorang senior, masuk pelajaran menengah atas yang lebih sukar lepas tu masuk pulak subjek2 baru yang memeningkan kepala. Siapa je yang tak rasa tension? Semuanya baru, so tak hairanlah kalau kita kecundang sekalipun. It's our first step in this world, kan?! Cuma, keutamaannya di sini adalah macam mana kita bangkit semula selepas menerima satu kegagalan.

Macam yang seorang guru ada cakap,"kita tak boleh nak rasa sesuatu kejayaan kalau kita tak pernah melalui satu kegagalan". Think positive! Sekali kita gagal tak bermakna kita gagal selama-lamanya. Lebih baik kita berubah sekarang sementara masa masih lagi belum terlambat.

So, lepas ni just concentrate pada apa yang peru difokuskan. Just don't look at your past. Benda tu just buat perancangan korang tak berjalan. Masih banyak lagi yang kita perlu ditempuhi. Anyway, perkara paling penting dalam hal ni ialah THINK POSITIVE! and never give yourself up...

prepared by,
Mr Anonymous & Mr Cess

No comments:

Post a Comment