bangun. tidur, bangun. tidur. Sekarang ni, dah pun masuk pertengahan tahun which means the mid-year exam is around. Bukannya exam yg raound the corner tapi result yg around the corner. So, tak hairanlah kalau sekarang ni ada sesetengah tu sampaikan sanggup sujud sampai bengkak dahi tu berdoa untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang even I know that it would be impossible since sekarang ni waktu cuti, kan?!Sememangnya ada yang akan buat 'qiyamulail' tapi majoritinya bukan untuk beribadat I guess. Sanggup menempah cop hitam disekeliling mata semata-mata untuk online. Ada la gak yang mengatakan online tengah2 malam ni baru ada feeling. Kalau online pagi2 buta, tak best. Ramai lagi yang masih tidur. Masih ramai lagi yang still buat taik mata. What's the point?! Tak guna jugak kalau kita sanggup melawan lumrah manusia hanya untuk bersuka ria di alam maya ni. Sanggup menahan tidur semata-mata untuk online dan chat sepuas-puasnya dengan kawan.
Ok. Back to the topic. Ujian Pertengahan Tahun a.k.a UPT baru saja berlalu. So, sekarang ni masing2 tengah menunggu result. Well, maybe buat persediaan masa last minute agak terseksa tapi aku rasa menunggu result jauh lebih menyeksakan, you know. Mana taknya?! Hampir kesemua orang mengharapkan result yang dapat memuaskan hati diorang. Cikgu yang menanda pulak lagi satu hal. Kejap2 "Tahniah! Awak dapat markah yang tinggi untuk exam kali ni". Lepas tu, secara titibe jadi macam ni pulak,"Saya agak kecewa bila tengok kertas awak sebenarnya".
Apa-apa pun, kita semua mesti ingat, tak kisah lah result teruk mana sekalipun yang penting mesti tahu untuk bangun semula. Apa guna hidup kalau tak tahu cara nak bangkit semula selepas merasai kegagalan. Apa guna berjaya kalau tak pernah rasa kegagalan. Tapi ada gak yang berpendapat," Apa guna hidup kalau asyik gagal je". Nope. Itu sama sekali salah. Kita semua tahu rezeki bukannya datang bergolek. Kita kena usaha untuk dapatkan rezeki. It's just the same la. Jadikan kegagalan yang kita alami sekarang sebagai perangsang untuk kita mempertingkatkan lagi usaha kita.Mungkin rezeki mereka yang gagal pada waktu ni tak datang sekarang. Mungkin rezeki tu akan datang bila kita semua dah keluar dari alam persekolahan. Tapi, tak bermakna kita tak perlu berusaha dari sekarang, kan?? Sepertimana yang sudah diberitahu sebentar tadi, rezeki tak datang bergolek. So, kita kena sentiasa bersemangat dan percaya yang rezeki yang kita harapkan tu pasti akan datang satu hari nanti. Just believe in yourself =]
by
Mr Anonymous
No comments:
Post a Comment