Saturday, 17 August 2013

As-Sabiyah is not Allowed in HERE

Aku rasa benda tak perlu diterangkan panjang lebar. Tak perlu nak diterangkan secara detail sebab masalah ni pun sudah terang lagi bersuluh. Kita semua sedia maklum tahun ni kita nak tingkatkan semangat batch tapi kalau semangat As-Sabiyah masih lagi wujud dalam batch ni, macam mana perancangan yang kita buat ni akan tercapai?

Kita cakap kita nak tingkatkan semangat batch tapi
semangat antara kelas semakin lama semakin nampak jurangnya. Kita kata kita nak rapatkan hubungan antara batch tapi makin lama kita boleh nampak dengan jelas puak-puak makin banyak terbentuk. Kalau ada orang buat masalah dengan sesuatu puak tu bukannya reti nak settle problem tu elok2 tapi gaya macam ada satu gap yang sangat besar antara pesalah tu dengan puak tersebut. Bagaikan mereka bukannya dalam satu batch yang sama tapi itulah hakikatnya. Mereka semua adalah batch 27. Mereka semua adalah dalam satu batch yang sama.

Kalau inilah yang kita cuba buat selama ni, adakah semua perancangan kita akan berjaya? Kalau semangat inilah yang kita bina selama ni, adakah impian kita untuk melihat Semesti menjadi sekolah terbaik di muka bumi ni akan tercapai? 'Action speaks better than action'. Jadi, bila kita dah katakan bahawa kita nak tingkatkan semangat batch, buktikanlah yang kita memang nak tingkatkan semangat batch.

Aku harap dengan post ni masing-masing dapat sedar kesalahan sendiri dan bukannya menuding jari dekat orang lain dan mengatakan dia tak terlibat dengan benda ni. Tak! Selagi seseorang tu ahli batch 27 selagi itulah masalah ni akan jadi masalah dia. Sama-samalah kita berusaha untuk menjayakan perancangan yang telah kita plan selama ni. Long live 27... (heheh. melebih pulok!) ;)

After all,,
 ONCE 27 FOREVER 27 kan!
prepared by
Mr Anonymous

No comments:

Post a Comment