Saturday, 17 August 2013

Projek YOV: trip to Maritim

Pada awalnya, 'trip to maritim' ni kita hanya mencuba untuk dapatkan tapi kalau tiada rezeki  takpelah. Usaha untuk dapatkan benda ni kita dah jalankan bermula dari awal tahun hari tu. Kita boleh dikira beruntung sebab Pak Zam memang betul-betul semangat untuk tolong kita semua dapatkan kebenaran untuk buat kem maritim ni. Mula-mula, kita diberi pilihan sama ada kem dekat ipoh sana atau dengan maritim dekat Lumut. Ramai daripada kita banyak dengar cerita dari senior2
kita yang pernah pergi kem dekat Ipoh dengan Lumut dan rata-ratanya lagi suka dengan maritim  berbanding tentera darat(kalau tak silap aku). Jadi, maritim pun menjadi pilihan kita.

Asalnya, kita akan buat kem ni masa bulan Jun hari tu tapi disebabkan beberapa masalah, kem ni pun ditunda hingga ke bulan Ogos. Sememangnya ada masalah2 yang datang dalam proses untuk dapatkan kebenaran tapi dengan pertolongan Pak Zam kita berjaya dapatkan kem yang kita nak tu.

So, sama-samalah kita bersyukur sebab dapat pergi kem ni. Tambah lagi, batch 26 pulak tak dapat pergi. Maksudnya, kita ni dikira beruntung. Tak lupa jugak kita kena berterima kasih kepada mereka yang terlibat untuk dapatkan kebenaran untuk buat kem ni terutamanya Pak Zam. Apa-apapun, impian kita untuk pergi kem maritim tercapai jugak akhirnya. Syukur Alhamdulillah. =]

No comments:

Post a Comment