15 MAC - Event yang pertama semasa Open Day. Aktiviti ni bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Sebelum jam 10 pagi tu, semua dok bertungkus-lumus membuat persiapan terakhir sebelum seisi penilaian bermula.
Kepada mereka yang tak tahu, malam sebelum kejadian ramai sangat yang tak tidur semata-mata nak menyiapkan hiasan dorm masing2. Nampak tak macam mana bersemangatnya bebudak semesti ni.
Seperti yang sedah dimaklumkan, jualan telah diberi tanggungjawab kepada rumah Omega. Tapak jualan terlatak sepanjang laluan 'Gajah Menyusur' dan harga bagi satu tapak ialah RM10. Nak diberitahu di sini, jualan untuk setiap gerai mendapat sambutan yang hangat. Walaupun ada je yang mengalami kerugian, tapi rasanya lebih ramai lagi yang mendaat keuntungan!
Bagi seisi lawatan ke asrama pulak, rata-ratanya semua bebudak semesti ni looking forward untuk ni. Tambah2 lagi, pelajar2 dari aspura. Semua dok pakat cari loker 'mangsa'2 diorang yang tertentu. Bila dah jumpa, apa lagi? Maka dengan itu turunlah tandatangan mereka pada loker yang dicari-cari. Tandatangan pada seluruh bahagian loker tersebut. Takziah diucapkan kepada loker 'mangsa' sebab menjadi mangsa kerakusan pelajar dari aspura untuk menurunkan tandatangan masing2.
Pelajar dari aspuri pun ada buat macam tu jugak ke? Rasanya takde. Tapi ada jugak dengar ura2 pelajar aspuri pun ada buat benda yang sama tapi yang lainnya mereka buat pada katil milik si 'mangsa'. Betul ke?
Apa2pun, dekat bawah ni beberapa gambar untuk aktiviti ni..







No comments:
Post a Comment