Saturday, 29 March 2014

Pelantikan Mentor Subjek2 Elektif

17 MAC - Hari ni beberapa orang telah dipili dan dilantik untuk menjadi mentor untuk subjek2 elektif iaitu Kimia, Biologi, LK, TK, Fizik dan Matematik Tambahan. Setiap subjek2 berikut diketuai oleh seorang ketua mentor.

Satu jadual ulangkaji telah dibuat. Jadi, setiap ketua mentor perlu merancang latihan2 atau kelas2 yang mereka ingin buat mengikut jadual yang ditetapkan. Setiap subjek pulak terdiri daripada
beberapa orang mentar yang akan menolong ketua mentor tu untuk jalankan aktiviti yang dia rancangkan.

Jadi, di sini diharapkan setiap ketua mentor dapat merancang aktiviti untuk subjek masing2. Berikut merupakan senarai ketua2 mentor yang telah dilantik :-

Kimia - Anis Izzati
Biologi - Thanesh
TK - Amirul Alif
LK - Iskandar Harith
Fizik - Scotrraaj
Matematik Tambahan - Afiq Ramli

Sebenarnya, mentor untuk beberapa subjek yang lain pun ada tapi tugas mereka hanya membantu guru panitia untuk mengedarkan latihan, beri tips dan sewaktu dengannya. Kerja mentor2 ni tak berat sangat tapi mereka jugak memainkan peranan penting untuk menggerakkan subjek yang diorang pegang.

Sekian saja untuk post kali ini. Diharap semua ahli batch dapat beri kerjasama atas perancangan yang telah dibuat. Terima kasih~

No comments:

Post a Comment